5 Teknik Pemasaran (Pemula) Siri 1
16 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2021, PIK Batu Gajah telah membuat satu perkongsian ringkas siri 1 5 teknik pemasaran bagi usahawan yang baru bermula atau baru memulakan perniagaan online atau offline. Perkongsian ringkas dijalankan melalui streamyard live yang dikendalikan oleh Pengurus PIk Batu Gajah Cik Hanani. Dalam sesi perkongsian tersebut, Pengurus PIK telah berkongsi perkara asas yang diperlukan oleh usahawan yang baru bermula seperti perlu mengenal terlebih dahulu target market,berani mempromosikan produk,membina rangkaian pelanggan dengan baik,menggunakan platform internet yang tersedia seperti FB,Tik tok,Intsagram dan lain-lain lagi. Dalam perkongsian tersebut juga staff PIK juga memberikan contoh beberapa usahawan PIK yang baru bermula yang mengikuti langkah yang di ajar mampu menjana income sedikit demi sedikit dan memalui program Sembang Santai Usahawan Desa PIK Batu Gajah dalam membantu usahawan setempat. Di akhir perkongsian tersebut Pengurus PIK memberikan beberapa tips tambahan untuk Berjaya dan konsisten dalam pengiklanan dalam masa membina nama sebagai usahawan yang baru bermula,antara waktu berkualiti untuk beriklan dan kekerapan dalam beriklan serta mengamalkan solat dhuha untuk yang beragama islam.Pihak PIk berharap perkongsian ringkas tersebut mampu membantu sedikit sebanyak komuniti setempat atau usahwaan di luar sana yang mahu memjadi usahwan yang Berjaya.Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: