Bicara Usahawan: Suri Rumah VS Usahawan
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah dengan kerjasama PIK Manek Urai telah mengadakan sesi live bicara usahawan yang mengupas isu Suri Rumah dan Usahawan. PIK telah menjemput Puan Norazera Binti Che Zainudin yang merupakan seorang usahawan Banquet. Beliau terlibat dengan aktiviti keusahawan yang membuat pelbagai tempahan Banquet mengikut citarasa pelanggan. Dalam sesi ini, pelbagai isu dan persoalan telah diulas bersama seperti latar belakang perniagaan dan sejarah bermulanya perniagaan. Selain itu, beliau turut menceritakan tentang jenis-jenis produk yang ada samada berbentuk pakej mahupun produk biasa. Di samping itu, beliau juga turut berkongsi panduan dan cabaran untuk bergelar usahawan dari rumah. Hal ini kerana, beliau juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Hal ini tentunya memerlukan kemahiran pengurusan masa yang baik untuk memastikan semuanya dapat berjalan dengan baik. Dalam sesi ini juga, beliau telah berkongsi panduan untuk menghadapi pelbagai kerenah pelanggan bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan produk yang dihasilkan. Diakhir sesi ini, beliau telah memberikan tips untuk peniaga di luar sana supaya dapat kekal dalam persaingan semasa. Diharapkan agar sesi live ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada golongan usahawan bagi membantu meningkatkan ekonomi melalui aktiviti keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: