Perkongsian Marketing : Cadangan Video Masa Kini
11 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu perkongsian berkaitan keusahawanan dengan tajuk “ Marketing : Cadangan video masa kini”. Sesi perkongsian tersebut disertai juga oleh Pusat Internet Komuniti lain iaitu PIK Repek dan PIK Lawang ,melalui platform StreamYard Live PIK Batu Gajah. Perkongsian tersebut dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah.Cik Hanani.Sepanjang perkongsian tersebut,pihak PIK berkongsi beberapa cadangan video sebagai salah satu cara mempromosikan produk usahawan berdasarkan permintaan masa kini.Antara platform yang menjadi trending masa kini adalah seperti Tik Tok,Bigo Live,Instgram,Fb Live dan Youtube.Cadangan video tersebut perlulah menekankan beberapa aspek penting seperti dari segi idea atau kandungan video,informasi yang diketengahkan masa pengiklanan dan mestilah mengikut trend terkini.Hal ini kerana,sekiranya usahwan hanya membuat video tanpa melihat aspek penting masa kini,kualiti video dan maklumat tidak sampai pada audien dan ini merugikan dan membuang masa usahawan yang mahu memulakan perniagaan menggunakan platform atas talian. Selain itu,pihak PIK juga berkongsi akan cabaran dalam dunia perniagaan yang perlu dilalui oleh para usahwan.Kesimpulannya,para usahawan perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum beriklan agar maklumat sampai kepada audien dan produk kita mudah dikenali.Sebelum berkakhir sesi perkongsian,Pengurus PIK Batu Gajah sempat memberi kata-kata semangat kepada para usahawan agar sentiasa mendidik sikap yang baik dan rajin serta tidak mudah putus asa untuk berjaya dalam apa jua bidang kerana sikap adalah aspek utama sesebuah kejayaan seseorang.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: