5 Tips Usahawan Online(Jelly Whitening) (Google Meet)
6 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Jun 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu sesi perkongsian ringkas kepada usahawan PIK Batu Gajah iaitu Siti Aishah atau dikenali sebagai Ecah.Perkongsian tersebut dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah, Cik Hanani melalui applikasi ‘Google Meet’ ekoran perintah total lockdown dan pihak PIK bekerja dari rumah.Tujuan perkongsian tersebut adalah untuk membantu usahawan PIK Batu Gajah terus konsisten dan istiqomah dalam usaha menjadi usahawan online yang berjaya dari masa ke masa.Pengurus PIK Batu Gajah berkongsi 5 tips atau asa sebagai usahawan online yang perlu usahawan baru kuasai dan ketahui terlebih dahulu sebelum terus kepada tugasan yang lebih besar. Dalam perkongsian tersebut membincangkan di mana setiap usahwan baru perlulah menguasai keseluruhan kebaikan produk yang ingin dijual,sebagai contoh Cik Aishah mahu promosikan promosi kosmetik beliau iaitu Jelly Whittening dan beliau perlu tahu kegunaan dan siapa yang boleh ambil Jelly Whittening tersebut.Hal ini juga berkait rapat dengan segala penolakan dari pelanggan dan bagaimana kita perlu tangani segala penolakn dari pelanggan.Selain itu,Pengurus PIK Batu Gajah juga cuba menjelaskan beberapa isu sebagai agent atau dropship antaranya berkaitan komisen yang bakal diterima.Usahawan Cik Aishah juga diberi peluang untuk menceritakan apa yang menjadi penghalang kepada nya untuk aktif sebagai usahan online,dan Pengurus PIK cuba membantu dengan memberikan beberapa tips untuk Cik Aishah terus kuat dan konsisten untuk beriklan secara atas talian.Akhir sekali Pengurus PIK Batu Gajah menekankan waktu berkualiti yang perlu dipatuhi terlebih dahulu selama 3 bulan pertama bagi tujuan memperkenalkan kepada umum apa yang dijual oleh Cik Aishah. Dari perkongsian tersebut dapat dilihat semangat usahawan untuk bangkit dari kegagaln sebelum ini.Pihak PIK berharap lebih ramai usahwan online untuk tampil memberi peluang pihak PIK untuk membantu dari masa ke masa.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: