Klik Dengan Bijak (Berita Palsu)
5 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu sesi perkongsian bual bicara tentang Klik dengan Bijak atau KDB bersama PIK Lawang,PIK Karangan dan PIK Repek melalui Streamyard Live ekoran pihak PIK bekerja dari rumah mematuhi saranan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid 19. Bual bicara bersama PIK adalah membicarakan topik berita palsu dalam kalangan masyarakat atau netizen pada masa ini yang kian meruncing dan perlu dibendung.Pihak PIK amat menekankan maksud berita palsu agar pendengar lebih peka apa itu berita palsu?Hal ini kerana masa kini berita palsu amat mudah tersebar yang mana kesan nya kepada individu dan keluarga amat besar kesan nya pada masa kini dan akan datang.Selain itu pihak PIK juga berkongsi antara jenis-jenis maklumat palsu yang tanpa pengesahan yang tepat tanpa usul periksa sebelum disebarkan serta beberapa sebab kenapa berita palsu tersebut disebarkan.Antara contoh-contoh berita palsu yang dikongsi dalam sesi perkongsian bual bicara tersebut disebarkan kebanyakannya berkaitan isi semasa sebagai contoh berkaitan keburukan mengambil vaksin yang menyebabkan orang ramai takut untuk mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid 19 pada masa kini.Pihak PIK juga berkongsi antara kemudaratan yang berlaku akibat dari penyebaran berita palsu yang antaranya boleh mengaibkan seseorang jika berita yang dikongsikan sebenarnya tidak tepat,merugikan wang,menjejaskan reputasi dan sebagainya.Akhir sekali pihak PIK berkongsi portal yang boleh umum buat semakan terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada orang ramai,antaranya portal Sebenarnya.my.Pihak PIK amat berharap perkongsian tersebut dapat memberi pembelajaran dan pengajaran kepada masyarakat untuk lebih rajin membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu berita agar sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian bukan sebaliknya.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: