E-Learning Lockdown(Teka Abjad & Teka Bunyi)
7 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Jun 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu program pembelajaran atas talian melalui google meet sempena perintah total lockdown. Program tersebut diberi nama E-Learning Lockdown di mana syarat-syarat hanya untuk kanak-kanak berusia 3-4 tahun sahaja. Program tersebut adalah kerjasama dengan PIK Lawang di mana peserta dari PIK Lawang seramai dua orang dan peserta dari PIK Batu Gajah juga dua orang masing-masing berumur 3-4 tahun sama-sama bertemu dalam Google Meet PIK Batu Gajah.Perjalanan program tersebut sedikit terganggu dengan masalah capaian internet dari pihak peserta ekoran kawasan sedikit pendalaman namun tetap berjalan dengan baik.Program tersebut di bahagikan kepada dua sesi.Sesi pertama adalah segmen meneka abjad yang mana terdiri dari huruf vokal. Dalam sesi pertama tersebut,peserta diminta untuk meneka abjad tersebut dan dari situ dapat dilihat tahap pembelajaran anak-anak di tahap mana.Peserta dari Lawang adik humairah dan persert dari PIK Batu Gajah adik Husna amat teruja bila dapat meneka dengan betul abjad yang dipaparkan di skrin. Manakala untuk sesi kedua adalah segmen meneka bunyi haiwan dan bunyi kenderaan.Dapat dilihat dalam segmen kedua ini anak-anak lebih teruja dan seronok meneka bunyi.Aksi lucu anak-anak dalam meneka bunyi beserta gaya amat menghiburkan dan dari situ ibu bapa secara tidak lansung dapat melihat dan menilai tahap IQ anak-anak mereka.Program tersebut adalah program mengisi masa lapang anak-anak dan ibu bapa sepanjang perintah total lockdown. Akhir program para ibu bapa mengucapkan terima kasih atas program yang dibuat untuk salah satu proses pembelajaran anak-anak mereka.Pihak PIK juga turut terharu dengan keseronokan anak-anak dalam program tersebut apabila tidak mahu berhenti dan meminta pihak PIK memberi teka-teki lain lagi.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: