Panduan Membuat Sticker Produk Secara Online
12 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2021, PIK Batu Gajah bersama PIK Manik Urai telah membuat sesi live berkaitan panduan untuk membuat Sticker produk sendiri dengan menggunakan aplikasi Poster Mywall Sesi live ini telah disampaikan oleh staff dari PIK Manik Urai bersama Staff PIK Batu Gajah. Dalam sesi ini, staff telah menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan sticker produk dengan sendiri hanya menggunakan aplikasi secara online. Kaedah ini sangat berguna kepada para usahawan untuk menaik taraf iklan produk mereka dengan lebih baik. Hal ini kerana, usahawan dapat membuat promosi tanpa perlu mengeluarkan modal upah. Pengguna hanya perlu akses kepada aplikasi tersebut dan bebas untuk membuat pelbagai reka bentuk sticker mengikut citarasa dan keperluan sendiri Dalam sesi ini juga, staff telah menunjukkan cara mengakses kepada aplikasi tersebut dan panduan untuk membuat pilihan yang bersesuian dengan produk. Pengguna boleh memasukkan gambar yang telah dimuat turun atau gambar simpanan sendiri di sticker yang dihasilkan. Selain itu, staff juga telah menunjukkan cara untuk memilih jenis font yang bersesuaian dan pemilihan warna yang betul untuk mendapatkan sticker yang menarik. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: