Bual Bicara ‘Jom Kenali Kelantan’. (Sempena Hari Kebangsaan 2021)
7 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 September 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu sesi Bual Bicara ‘Jom Kenali Kelantan’,sempena menyambut hari kebangsaan pada tahun ini. Bual bicara dikelolakan oleh Pengurus PIK Repek secara Stream Yard Live PIK Repek dan turut disertai oleh PIK Batu Gajah,PIK Lawang dan PIK Karangan.Sepanjang bual bicara tersebut,pihak PIK menceritakan pelbagai sejarah Kelantan sebelum mencapai kemerdekaan dan tradisi masyarakat Kelantan dari dulu hingga sekarang.Matlamat utama pihak PIK berkongsi sejarah Kelantan adalah bagi menghidupkan Kembali budaya dan tradisi masyarakat Kelantan yang hampir hilang ditenggelam zaman.Dalam perkongsian tersebut banyak mengetengahkan soal tradisi masyarakat Kelantan dari segi makanan,permainan,pemakaian dan ‘loghat’ Bahasa Kelantan yang juga menjadi salah satu penyatuan masyarakat berbilang kaum dan dari Slang juga dapat membezakan identity sesorang dari negeri mana dan sikap sesorang.Kebiasaannya tempat menarik Kelantan adalah Pasar Siti Khadijah yang sememangnya turut terkenal dengan pelbagai makanan tradisi Kelantan seperti ‘Tahi Itik,Bunga Tanjung,Akok,Etok salai dan banyak lagi.Dan tempat popular Kelantan seperti Pantai Cahaya Bulan,Wakaf Che Yeh,byk lagi dan Kota Bharu juga turut dikenali sebagai Serambi Mekah.Dari segi kebudayaan Kelantan amat terkenal dengan ‘dikir barat’.Pihak PIK sangat berharap masyarakat Kelantan terutama generasi sekarang supaya memegang erat kemerdekaan yang dicapai pejuang dulu,dengan membudayakan Kembali budaya dan tradisi Kelantan agar tidak ditelan zaman dan teknologi masa kini.Bual bicara diakhiri dengan pihak PIK memperdengarkan lagu kemerdekaan dalam dialek Kelantan oleh Cikgu Naim dengan tajuk ‘Apa erti Kemerdekaan’.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK apabila dapat menggunakan PIK kelak bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: