Kelas Asas ICT - Cara Mengedit Dokumen PDF
6 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2021 Pengurus PEDi Batu Gajah menyertai satu sesi perkongisan ICT yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Repek,Pn.Siti Norbaya secara atas talian di Stream Yard Live PEDi Repek.Perkongsian kali ini adalah mengajar pengguna cara untuk menggunakan https://www.sejda.com/ bagi mengajar Asas ICT-Cara Mengedit Dokumen atau Imej daripada format PDF tanpa perlu mencetak. Sesi ini telah berlangsung selama satu (1) jam bermula dari jam 10.40 pagi hingga 11.40 pagi.
Di dalam kelas ini, staf PEDi telah menunjukkan cara untuk memasukkan teks, cara untuk memasukkan imej tanda tangan ke dalam dokumen PDF yang perlu diedit. Imej tanda tangan perlu diambil terlebih dahulu menggunakan kertas putih kosong dan juga menggunakan pen hitam berdakwat basah/cair. Kemudian, pengguna perlu mengambil gambar tersebut dan memuat naik ke dalam laptop/komputer riba masing-masing atau juga boleh dimuat naik ke dalam tablet atau gajet masing-masing. Imej tanda tangan ini boleh dibuang latar belakangnya menggunakan aplikasi https://www.remove.bg/. Jika tidak mahu menggunakan aplikasi ini pun tidak mengapa kerana di dalam aplikasi sejda.com telah dimasukkan fungsi untuk membuang latar belakang ini.
Sebagai kesimpulannya, staf PEDi menyampaikan kelebihan format PDF berbanding Ms Word. Ms Word sering menjadi pilihan untuk “output” akhir dokumentasi digital, tetapi orang kadangkala melihat kelebihan PDF sebagai pembeza. Kedua-duanya sering dilihat dalam dokumen perniagaan, tugasan sekolah, kerja pejabat, atau sekadar maklumat yang dikongsi oleh rakan-rakan. Kelebihan dan kekurangan PDF dan Ms Word adalah berasingan, di mana kedua-dua sambungan disyorkan cukup untuk tujuan dan penerangan aktiviti dokumentasi kerja. Menangkap, menyesuaikan, susun atur digital yang menarik dan menyokong perubahan terkini adalah fungsi yang ditawarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: