Pertandingan Word Seach Online
11 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada pagi ini, Pusat Internet Kampung Batu Gajah telah mengadakan pertandingan kuiz ‘Word Search Puzzle’ secara online bersama-sama pelajar Sekolah Rendah Kampung Batu Gajah. Kuiz ini bertujuan untuk untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan kemampuan teknologi maklumat bagi tujuan hiburan dan permainan atas talian.
Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan advocacy Klik Dengan Bijak (KDB) melalui Youtube.Para peserta perlu mencari perkataan misteri yang terdiri daripada huruf-huruf kata yang diletakkan dalam grid, yang biasanya mempunyai bentuk segi empat atau persegi. Kuiz ini bertujuan untuk mencari dan menandakan semua perkataan yang tersembunyi di dalam kotak yang disediakan dan sebagai hiburan kepada pelajar semasa cuti sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: