Kelas Keusahawan Usahawan Tunetalk(FB)
12 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 OKtober 2020 telah berlangsungnya kelas keusahawan usahawan Tunetalk menggunakan platform Facebook di ruangan market place dan group selama 2Jam yang telah diadakan di Pusat Internet batu gajah. Kelas dipantau dan dikelola oleh Pengurus Pusat Internet Cik Hanani. Sepanjang kelas berlansung peserta didedahkan platform market place dan group pada Facebook sebagai pemudah cara memasarkan produk simcard Tunetalk dengan lebih senang dan cepat. Peserta juga diajarkan cara menggunakan platform market place dengan lebih jelas dan terperinci.
Selain itu,peserta juga didedahkan kepada beberapa kesalahan dalam pemasaran produk yang menyebabkan produk peserta kurang mendapat perhatian platform FB di market place. Di akhir kelas ini, peserta menzahirkan rasa gembira dengan program sebegini yang disifatkan dapat membantu peserta dalam menjadi usahawan yang berintelektual.Peserta juga diharap dapat menggunkana kemudahan Pusat Internet sebaik mungkin dan dapat membantu peserta menjadi usahawan yang bijak dan berintelektual.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: