Panduan Pembentangan Tutorial Online
8 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2020, pihak PIK Batu Gajah telah mengadakan sesi panduan pembentangan tutorial secara online kepada pelajar IPTA yang berkunjung ke PIK bagi menjalani aktiviti pembelajaran secara online. Hal ini disebabkan ekoran daripada pelaksanaan PKBB yang masih berkuat kuasa di seluruh negara. Para pelajar IPTA telah mengalami masalah kesukaran untuk menjalani kelas secara online dek kerana masalah kesukaran untuk mendapatkan liputan talian internet di kawasan kampung Batu Gajah. Oleh yang demikian, pihak PIK telah menggalakan mereka untuk berkunjung ke PIK bagi memudahkan untuk menjalani kelas secara online.
Selain daripada kelas online, para pelajar juga perlu membuat pembentangan tutorial dan kuliah secara online. Maka, pihak PIK telah mengambil inisiatif untuk membantu dengan cara membuat kelas sebagai panduan untuk memudahkan mereka membuat pembentangan online. Staff PIK telah menerangkan tentang aplikasi zoom meeting dan webex yang boleh digunakan untuk membuat pembentangan online. Hal ini kerana, kedua-dua aplikasi ini mempunyai fungsi share screen yang dapat memudahkan pengguna untuk berkongsi maklumat secara terus dengan pelajar lain yang turut serta dalam pembentangan tersebut. Diharapkan agar pelajar dapat memanfaatkan sedikit perkongsian dari pihak PIK bagi membantu untuk memudahkan mereka menjalani kelas secara online sepanjang tempoh PKBB dan secara tidak langsung mereka juga memanfaatkan fungsi PIK sebagai pusat pembelajaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: