Kelas Membuat Jadual Kelas dan Membuat Kerja Sekolah
6 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2020, telah berlangsungnya “Kelas Membuat Jadual Kelas dan Membuat Kerja Sekolah” yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas dipantau oleh Penolong Pengurus PI Batu Gajah iaitu Muhd Arif kerana permintaan pelajar yang ramai ingin menyiapkan kerja sekolah dan membuat jadual kelas menggunakan komputer. Pelajar-pelajar adalah terdiri daripada pelajar SK Batu Gajah.
Kelas ini diadakan bagi untuk membantu pelajar yang memerlukan fasiliti PI iaitu komputer berikutan ramai pengguna menggunakan komputer di ruang legar jadi pihak staf menggunakan Bilik Training kepada pelajar yang khas untuk membuat kerja kursus sahaja agar mereka dapat fokus untuk membuat kerja mereka. Kelas ini berlangsung dari jam 2 petang hingga jam 6 petang petang dan mereka diberi peluang menggunakan “Bilik Training” tersebut untuk menyiapkan kerja kursus mereka disamping mereka juga ada meminta tunjuk ajar mengenai MS Word selain itu mereka juga ada mencetak hasil jadual kelas yang sudah siap di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: