Kelas Poster (Pendidikan Seni)
29 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2020 telah berlangsungnya kelas poster pendidikan seni selama 2 Jam yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah dan dipantau oleh Pengurus PI Batu Gajah iaitu Cik Hanani. Peserta yang hadir adalah dari Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Gajah.Peserta adalah pelajar tahun 6. Kelas sebegini secara tidak lansung memberi pengetahuan kepada peserta manfaat lain yang disediakan di PI Batu Gajah. Sepanjang kelas berlansung pelajar perlu menggunakan capaian internet untuk mencari gambar poster mengikt tema yang diberi iaitu tema covid 19, Malaysia prihatin dan jangan kongsi jika tak pasti.
Kehadiran mereka menunjukkan minat dan soronok dengan program sebegini yang mana boleh membantu mereka meningkatkan lagi pengetahuan dan kreativiti mereka dalam subjek pendidiakn seni. Secara tidak lansung juga dapat menambah latih tubi bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR. Di akhir kelas ini, diharapkan agar para peserta dapat mengambil manfaat dari kelas online bahasa melayu yang berlansung selama dua jam dari pukul 3 petang hingga 5 petang dan dapat menggunakan kemudahan fasiliti yang ada di PI bagi tujuan pembelajaran. Secara tidak lansung juga peserta mengetahui akan perkhidmatan lain yang disedikan di Pusat Internet Batu Gajah sebagai pusat pembelajaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: