Program Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniStaff Pusat Internet Malaysia (Maxis) telah menyertai Program Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi selama dua hari yang bermula pada 6-7 Mac 2020 bertempat di H Elite Hotel, Kota Bharu. Program ini dianjurkan oleh NERA dengan kerjasama dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sesi pertama bermula dengan taklimat oleh pengarah SME Corp negeri Kelantan yang menerangkan tentang peranan SME Corp untuk membantu para usahawan. Beliau memberi pendedahan kepada staff tentang peranan SME Corp untuk melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang. SME Corp bukan sahaja badan yang berperanan untuk membantu usahawan yang berminat memulakan perniagaan, malah turut membantu usahawan yang telah berniaga bagi mengembangkan pernigaan mereka.
Bantuan ini merangkumi pelbagai bentuk seperti menyediakan kursus, pemberian modal, alat bantuan perniagaan, khidmat nasihat dan sebagainya. Slot seterusnya adalah berkaitan Pengurusan Acara yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ghazali dari UMK. Beliau telah menerankan dengan jelas tentang cara pengurusan majlis bermula dari perancangan awal sehinggalah kepada laporan akhir selepas berakhirnya sesebuah majlis. Selain itu, untuk memudahkan pemahaman, staff telah diminta untuk membuat pembentangan proposal berkenaan pengurusan acara. Manakala, slot terakhir pula berkenaan penggunaan Microsoft Excel untuk penyediaan laporan. Slot ini telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Hakimi dari UMK. Beliau telah menerangkan tentang cara untuk menggunakan excel dengan sebaik mungkin bagi memudahkan untuk menyediakan laporan terutamanya yang melibatkan data. Di akhir program ini adalah sesi penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama semua staff terlibat dengan para penceramah jemputan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: