Kelas Mewarna Bendera Malaysia Menggunakan Word
15 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2020 telah berlangsungnya kelas mewarna bendera malaysia sempena bulan kemerdekaan menggunakan microsoft word selama 2 Jam yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas dipantau oleh Pengurus PI Batu Gajah iaitu Nor hanani zawawi bagi melihat kreativiti peserta yang terdiri dari pelajar serta membantu pelajar mempelajari asas ict dengan lebih mendalam.
Para peserta diberi kesempatan mempelajari asas membuat dan mewarna bendera Malaysia menggunakan asas Microsoft word di mana rata-rata dari mereka memang tiada asas lansung menggunakan Microsoft word.Dari kelas ini juga dapat dilihat semangat patriotik masih ada dalam diri pelajar yang begitu bersemangat dan teruja dengan program sebegini.
Kebisaanya juga, para pelajar ingin menggunakan kemudahan fasiliti PI iaitu komputer bagi tujuan pembelajaran ict. Oleh itu,pihak PI telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ict bagi membantu para pelajar yang memerlukan. Di akhir kelas ini, diharapkan agar para peserta dapat mengambil manfaat dari seminar yang berlansung selama dua jam dari pukul 3 petang hingga 5 petangdan dapat menggunakan kemudahan fasiliti yang ada di PI bagi tujuan pembelajaran dan menjadi pengguna internet yang berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: