Mencipta Buku Skrap Menggunakan MS Word
25 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2020, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah mengadakan kelas mencipta buku skrap menggunakan Microsoft Word. Kelas tersebut dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Batu Gajah iaitu Cik Nor Hanani Zawawi di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Batu Gajah dan dihadiri peserta darjah 2 dan 3 Sekolah Rendah Batu Gajah. Tujuan kelas ini diadakan untuk mendedahkan para peserta berkaitan komputer dan penggunaan ICT seperti Microsoft Word. Sepanjang kelas diadakan peserta diminta untuk mengakses internet dalam carian bergambar berkaitan “Pray For Sabah “ dan “Pray For Malaysia covid 19.”
Setelah itu,peserta diminta menyusun gambar Covid 19 “Pray For Sabah” dan “Pray For Malaysia” dalam Word sebanyak lima helai muka surat dengan menggambarkan keadaan Covid 19 yang semakin meningkat. Sepanjang kelas dapat dilihat minat peserta terhadap ICT selain dapat dilihat kepekaan peserta berkaitan isu semasa covid 19. Hal ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa Pusat Internet Komuniti bukan sahaja tempat untuk melayari internet tetapi sebagai Pusat pelbagai maklumat. Diharapkan agar program sebegini dapat membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada pelajar dan masyarakat setempat sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin meluas penggunaannya. Diharap juga dapat menggunakan kemudahan Pusat Internet Komuniti dengan bijak dan sebaiknya dari masa ke masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: