Sembang Santai Usahawan Desa (Usahawan Dropship)
21 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember 2020, Pusat Internet Batu Gajah telah mengadakan Sembang santai bersama usahawan desa PiK Batu Gajah iaitu Nur Azyani Bt Khairul Anuar secara Stream Yard Live. Sembang Santai tersebut dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Batu Gajah iaitu Cik Hanani di Pusat Internet Komuniti Batu Gajah. Tujuan sembang Santai secara live ini diadakan bagi mempromosikan produk usahawan desa supaya lebih dikenali.Selain itu,program sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan desa atau setempat untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas. Program sembang santai kali ini membawa kan usahawan dropship bagi memberi pendedahan pada umum terutama mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tanpa modal dalam cabaran pendemik Covid 19 sekarang. Sepanjang program berjalan staf PIK berusaha mempromosikan usahawan desa yang juga merupakan pelajar UPSI tahun pertama sebagai usahawan muda yang berjiwa kental dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjana pendapatan sendiri dengan perniagaan dropship sekaligus dapat membuka mata generasi sekarang untuk tidak takut dengan cabaran ekonomi pada masa akan dating.
Sembang Santai tersebut juga, mendapat respon positif dari pelbagai pihak berdasarkan komen-komen dan view yang ramai.Hal ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa Pusat Internet bukan sahaja tempat untuk melayari internet tetapi sebagai Pusat pelbagai maklumat. Diharapkan agar program sebegini dapat membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada usahawan dan bakal usahawan setempat sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin meluas penggunaannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: