Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baru
19 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2020, semua staff terdiri daripada Pengurus Pusat Internet Komuniti di bawah seliaan Nera telah dijemput untuk menghadiri Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baru secara online yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mohammad Ismail, Pengarah Pusat Pembangunan & Pendidikan (UMK), dengan kerjasama bersama Prof Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Bin Yusoff, Ketua Perunding Program Latihan & Perundingan Pusat Internet Kelantan. Kursus ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4 petang. Pengisian kursus ini adalah berkaitan cara dan panduan untuk membuat promosi produk yang menarik untuk tujuan meningkatkan jualan. Hal ini disebabkan oleh kesan daripada pendemik Covid 19 yang telah memberi kesan besar kepada jualan produk para usahawan. Kebanyakan usahawan telah mengalami kerugian yang besar kerana tidak dapat memasarkan produk seperti sediakala. Oleh yang demikian, Kursus ini telah memberi pendedahan kepada staff tentang cara untuk membantu para usahawan membuat pemasaran yang kreatif bersesuaian dengan norma baru bagi tujuan membantu para usahawan untuk meningkatkan kembali potensi jualan. Diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat dan perkongsian ilmu kepada semua staff PIK dan seterusnya boleh dikongsikan bersama para usahawan komuniti di PIK masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: