Panduan Membuat Permohonan Mysalam
16 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2020,Staff PIK Batu Gajah bersama PIK kampung Lawang telah mengadakan panduan membuat permohonan Mysalam secara online menggunakan Stream Yard Live. Taklimat ini dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK Batu Gajah iaitu Muhd Ariff. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan cara untuk membuat permohonan Mysalam secara online. Mysalam merupakan inisiatif bantuan daripada kerajaan untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah kesihatan. Bantuan ini meliputi 45 jenis penyakit kronik seperti sakit jantung buah pinggang, barah dan sebagainya. Para pemohon boleh membuat tuntutan sehingga RM 8000.00 ringgit bagi membiayai kos rawatan penyakit yang dihidapi. Selain itu, pesakit juga boleh membuat tuntutan RM 50.00 ringgit sehari jika dimasukkan ke wad di mana-mana hospital kerajaan. Bantuan ini sangat bermakna bagi para pesakit yang memerlukan kos rawatan kesihatan secara berterusan seperti pesakit kronik. Oleh yang demikian,PIK Batu Gajah telah mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat yang memerlukan bagi membuat permohonan Myslam secara atas talian. Pemohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Mysalam dan pemohon perlu memuat naik dokumen kesihatan berkaitan seperti pengesahan hospital,bil hospital dan kad pengenalan pemohon. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan untuk memudahkan membuat permohonan bantuan Myslam bagi meringankan beban untuk membiayai kos rawatan kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: