Bengkel TTT Advokasi Kluster Tanah Merah 2019 (Penolong Pengurus)
21 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2019 telah berlangsungnya Bengkel TTT Advokasi Kluster Tanah Merah 2019 (Penolong Pengurus) yang telah diadakan di Pusat Internet Belimbing. Program ini diadakan bertujuan bagi memberi latihan intensif kandungan baru advokasi MCMC di samping menyediakan saluran maklumbalas komuniti terhadap keberkesanan penyampaian mesej-mesej utama advokasi. Tenaga pengajar merupakan Penolong Pengurus PI Belimbing sendiri iaitu Yani mewakili Penolong Pengurus untuk memberi penerangan kepada semua Penolong Pengurus dalam kluster Tanah Merah. Selain itu, kandungan bengkel ini terbahagi kepada 3 panduan iaitu mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet, menjadi mata-mata gelap di internet dan mengurus jejak digital anda.
Kluster Tanah Merah mempunyai 7 buah Pusat Internet (PI) iaitu 3 buah dibawah Telco Maxis manakala 4 buah (PI) lagi dibawah Telco Digi. Tugasan untuk memberi penerangan kepada semua wakil kluster Pengurus di Tanah Merah digalas oleh Pengurus PI Batu Gajah yang merupakan tugasan beliau sebagai “Cluster Reference Point”. Program ini diadakan pada jam 9.30 pagi sehingga 1 tengahari iaitu setengah hari. Bengkel ini juga diadakan bagi tujuan penerangan mengenai KDB(Klik Dengan Bijak) yang perlu disampaikan oleh staf PI kepada komuniti setempat.
Matlamat Bengkel ini antaranya adalah:
- Menghasilkan penanda atas tahap kesedaran program advokasi di peringkat komuniti;
- Memperkenalkan kandungan advokasi baru dan mengemaskini kandungan sedia ada di semua peringkat;
- Mewujudkan individu rujukan di peringkat kluster Pusat Internet bagi memperkemaskan komunikasi dan edaran bahan advokasi;
- Membuka peluang kepada pengurus Pusat Internet yang berpotensi meneroka lebih jauh latihan-latihan intensif berkaitan sebagai nilai tambah diri dan meningkatkan kredibiliti sebagai advocator.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: