JEMPUTAN KE PERJUMPAAN DAN RAMAH MESRA PUSAT INTERNET PARLIMEN JELI BERSAMA YB DATO' SRI MUSTAPA MOHAMED
18 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2019 telah berlangsungnya Jemputan Ke Perjumpaan Dan Ramah Mesra Pusat Internet Parlimen Jeli Bersama Yb Dato' Sri Mustapa Mohamed yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli. Program ini diadakan bertujuan bagi memberi maklumat dan informasi mengenai Pusat Internet kepada Dato Sri Mustapa dibantu oleh pihak MCMC serta staf-staf Pusat Internet di dalam daerah Jeli. Staf PI yang terlibat terdiri daripada 10 buah PI dalam daerah Jeli iaitu 8 buah dibawah TM dan 2 buah di bawah Maxis.
Wakil-wakil turut dijemput untuk menghadiri perjumpaan ini bersama-sama dengan Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet di dalam daerah Jeli. Pihak MCMC HQ dan MCMC Negeri Kelantan juga turut serta dalam perjumpaan ini. Pengurus dan Penolong Pengurus juga perlu membuat persediaan bagi data-data keahlian, keusahawanan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Internet masing-masing. Sesi beramah mesra ini bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang serta banyak isu dibangkitkan daripada Dato Sri Mustapa sendiri dan daripada pihak MCMC dan Pusat Internet.
Antaranya PI yang terlibat dengan program ini iaitu:
PI Telco TM :
1. Pi Ayer Lanas
2. PI Bukit Bunga
3. Pi Jeli
4. Pi Tunku Abdul Rahman
5. Pi Renyuk
6. Pi Batu Melintang
7. Pi Kalai
8. Pi Lata Janggut
PI Telco Maxis :
9. Pi Batu Gajah
10. Pi Lawang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: