Kelas Copywriting & FB Ads
19 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2019 telah berlangsungnya Kelas Copywriting & FB Ads yang telah diadakan di PI Repek, Pasir Mas Kelantan yang melibatkan seramai 7 orang peserta. Pencefbads adalah Nurul Haffiza atau peserta biasa memanggil beliau sebagai Coach Fiza yang merupakan seorang Certified eUsahawan Master Trainer (Trainer Code: TB160). Bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Kelas ini memfokus kepada cara membuat FB Ads dan copywriting yang baik dalam media sosial.
Pengisian dalam kelas ini iaitu menentukan pelanggan sasaran yang sesuai untuk produk/servis anda, cara yang betul untuk target lokasi pelanggan, cara menentukan bajet iklan Fb Ads yang sesuai dan boleh secara terus membuat praktikal di dalam kelas serta lihat hasilnya. Selain FB Ads peserta turut diajar mengenai ayat copywriting dan teknik-teknik posting di media sosial turut di ajar bagi yg belum mahir. Teknik mengambil gambar mengikut ‘Rules of Third’ untuk mendapatkan gambar sempurna untuk tujuan pengiklanan. Di samping itu, mereka diberikan ebook percuma oleh pencefbads supaya peserta dapat mengetahui lebih lagi mengenai FB Ads dan Copywriting.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: