Trade Expo Al-Muhammadi Kelantan 2019
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11-13 Januari 2019 telah berlangsungnya Trade Expo Al-Muhammadi Kelantan 2019 yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, di Kota Bharu. Program ini diadakan bertujuan bagi mewujudkan kerjasama erat antara Malaysia dengan China melalui aktiviti perdagangan. Produk makanan kering tempatan daripada seluruh negeri Kelantan telah dipamerkan sepanjang program ini bagi menarik minat deligasi rombongan daripada Negara China untuk memasarkan produk ini di Negara mereka.
Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah melalui kerjasama Kelab Usahawan Wanita Kelantan (KUWAK) mendapat satu khemah pameran untuk mempamerkan produk usahawan tempatan bagi membantu para usahawan meluaskan pasaran produk mereka. Melalui program seumpama ini diharap dapat membantu produk hasil keluaran tempatan dikenali diperingkat antarabangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: