Program Malaysian ICT Volunteer (MIV) with DTT 2019 Phase 3 Kelantan
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober lalu, telah berlangsung satu program yang bertujuan untuk membuat hebahan mengenai pertukaran siaran analong kepada siaran digital Mytv di Pusat Internet Kuala Paku Tanah Merah, Kelantan. Program ini dihadiri oleh dua orang wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berpernan untuk memberi penerangan kepada staff dan sukarelawan dari tiga buah pusat internet iaitu pi Kuala Paku,pi Kemahang 3 dan pi Batu Gajah.
Program ini bermula pada jam 2 petang dan tamat pada jam 6 petang. Sei penerangan adalah berkaitan dengan peralihan siaran dan masyarakat kini boleh menerima siaran digital menerusi dua kaedah iaitu dengan memasang dekoder DVB-T2 dan aerial UHF atau sistem Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) yang sudah dilengkapi di televisyen masing-masing. Siaran digital myFreeview adalah percuma tanpa sebarang kos tersembunyi dan pengguna hanya perlu membayar sekali untuk membeli IDTV baharu, dekoder DVB-T2 atau aerial luaran UHF serta membayar yuran pemasangan sekiranya memerlukan bantuan pemasangan aerial atau perkhidmatan penyelenggaraan.
Selain itu, juga diadakan sesi penerangan tentang peranan Pust Internet dan para sukarelawan untuk membuat hebahan mengenai pertukaran siaran ini. Pihak SKMM telah memberikan flyers untuk diedarkan kepada penduduk sekitar supaya masyarakat maklum dan boleh membuat tindakan untuk membuat pertukaran siaran dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: