Bengkel Produk Editing & Poster Promosi
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2019 telah berlangsungnya Bengkel Produk Editing & Poster Promosi yang telah diadakan di Pusat Internet Belimbing. Bengkel ini diikuti oleh Pengurus Pusat Internet Batu Gajah sendiri iaitu Nurul Haffiza. Jadi PI Belimbing dan PI Batu Gajah berkerjasama untuk mengikuti program ini bersama seperti yang pernah dibuat oleh Pengurus Belimbing sendiri iaitu Nur Lieya yang pernah mengikuti program di PI Batu Gajah juga.
Bengkel ini berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari dan tenaga pengajarnya ialah Pengurus PI Belimbing iaitu Nur Lieya dibantu oleh yani iaitu Penolong Pengurus PI Belimbing. Antara tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk membantu para usahawan dan peniaga untuk mempromosikan produk mereka dengan cara pengiklanan melalui gambar dan poster promosi agar dapat meningkatkan lagi tarikan sesuatu produk tersebut.
Berikut Adalah Muatnaik Iklan Mengenai Kelas ini di Whatsapp :-
Satu gambar berbicara lebih dari SERIBU KATA
.
Sebuah gambar yang baik mampu menarik perhatian dan menceritakan peristiwa dalam gambar, meski tanpa menggunakan kata-kata. Adakah gambar produk anda mampu menarik perhatian???
.
JIKA TIDAK!!!!
.
BENGKEL PRODUK EDITING & POSTER PROMOSI akan membantu perniagaan anda dengan hanya menggunakan TELEFON PINTAR!!!!
.
Apa yang perlu anda bawa???
- ⏩ Gambar produk yang anda ingin promosikan
- ⏩ Smartphone
- ⏩ Data Internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: