Hari Terbuka Pusat Internet & Jualan Gudang Oleh SKYNET
17 March 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 March 2019 telah berlangsungnya “Hari Terbuka Pusat Internet & Jualan Gudang Oleh SKYNET di Pusat Internet (PI) Batu Gajah, Kelantan disertai oleh seramai melebihi 150 orang yang terdiri daripada penduduk setempat dan sekitarnya yang merangkumi pelbagai umur seperti orang dewasa, ibu bapa dan kanak-kanak. Pelbagai acara yang diadakan sempena Hari Terbuka Pusat Internet bersama Jualan Gudang oleh Skynet dan juga Karnival Jualan Produk (OKU) oleh PPDK. Upacara ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Selain itu gerai para usahawan dibuka selama 2 hari iaitu 16 dan 17 March 2019 manakala untuk Program Pusat Internet cuma diadakan sehari iaitu 16 March 2019 sahaja. Ini bagi memberi peluang kepada usahawan menjual produk mereka.
Program Hari Terbuka & Keusahawanan PI Kg. Batu Gajah 2019 diadakan sebagai satu langkah untuk mempromosikan PI Kg. Batu Gajah kepada masyarakat setempat. Selain itu, diharap melalui program ini nanti dapat merapatkan lagi hubungan staf PI dengan komuniti melalui aktiviti yang bakal dijalankan. Komuniti juga akan mendapat maklumat mengenai perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PI dan medium-medium penyampaian maklumat yang digunakan. Selain itu, Pusat Internet Batu Gajah mendapat kerjasama daripada pelbagai badan NGO, Swasta dan Kerajaan antaranya KWSP, Skynet, HTM (Derma Darah), KUWAK dan ECER Tanah Merah. Kami juga memberi perhargaan/hadiah kepada pihak Masjid Batu Gajah kerana sudi memberi kerjasama untuk memberi kebenaran menggunakan parking Masjid untuk kegunaan Program Hari Terbuka Pusat Internet.
Objektif dan matlamat program adalah bagi mempromosikan PI Kg. Batu Gajah kepada 150 orang komuniti di sekitar Kg. Batu Gajah, Selain itu menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat dan menerapkan aktiviti advokasi kepada masyarakat setempat. Disamping itu, mempromosikan juga Berkampung Skynet dimana PI Batu Gajah telah menjadi agen Skynet dan penduduk boleh membuat penghantaran melalui Pusat Internet. Hari Terbuka ini juga membantu usahawan-usahawan setempat untuk membuka gerai dan menjual produk masing-masing.
Berikut adalah perlaksana, kumpulan sasaran serta tentatif untuk Hari Terbuka Pusat Internet Batu Gajah:-
PERLAKSANAAN
- Tarikh : 16 Mac 2019
- Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
- Tempat : PI Kg. Batu Gajah
- Penyertaan : 150 orang
KUMPULAN SASARAN
- Komuniti : 150 orang
TENTATIF PROGRAM
Masa | Perkara |
---|---|
8.30 pagi | Pendaftaran |
9.00 pagi | Taklimat ringkas oleh Pengurus PI |
9.30 pagi – 4.00 petang | - Taklimat keusahawanan atas talian & perkongsian usahawan - Pameran produk oleh usahawan - Kuiz KDB (Kahoot!) mengikut kategori umur - Pertandingan puzzle online - Taklimat & tayangan video KDB - Pendaftaran ahli percuma |
4.00 – 5.00 petang | Ucapan VIP, penyampaian hadiah pertandingan & cabutan bertuah. Jamuan makan. |
5.00 petang | Bersurai |
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: