Hari Terbuka Pusat Internet Lawang & Jamuan Raya
16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2019 telah berlangsungnya “Hari Terbuka Pusat Internet Lawang & Jamuan Raya disertai oleh seramai melebihi 150 orang yang terdiri daripada penduduk setempat dan sekitarnya yang merangkumi pelbagai umur seperti orang dewasa, ibu bapa dan kanak-kanak. Pelbagai acara yang diadakan sempena Hari Terbuka Pusat Internet bersama Jamuan Raya di samping itu terdapat juga taklimat kebakaran oleh Pegawai Bomba Tanah Merah dan persembahan Fire Drill oleh pasukan Bomba Tanah Merah.
Terdapat pelbagai acara yang diadakan ketika berlangungnya hari terbuka ini antaranya pertandingan mewarna, Kuiz Kahoot KDB dan Permainan Puzzle KDB yang terdiri daripada para peserta sekolah rendah. Namun acara yang paling menarik yang ada dalam program Hari Terbuka PI Lawang ini iaitu demonstrasi “Fire Drill” yang dilakukan oleh ahli bomba dari Tanah Merah disamping sebelum demontrasi dibuat para masyarakat yang terlibat dengan program diberi taklimat dahulu mengenai kebakaran. Masyarakat setempat di lawang juga diberi kesempatan untuk menaiki kenderaan bomba dan melihat keadaan di dalam trak Bomba.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: