Bengkel (Train The Trainer)TTT Advokasi Kluster Tanah Merah 2019
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2019 telah berlangsungnya Bengkel (Train The Trainer)TTT Advokasi Kluster Tanah Merah 2019 yang telah diadakan di Pusat Internet Belimbing. Program ini diadakan bertujuan bagi memberi latihan intensif kandungan baru advokasi MCMC di samping menyediakan saluran maklumbalas komuniti terhadap keberkesanan penyampaian mesej-mesej utama advokasi. Tenaga pengajar merupakan Pengurus PI Batu Gajah sendiri iaitu Nurul Haffiza mewakili Pengurus untuk memberi penerangan kepada semua pengurus dalam cluster Tanah Merah.
Kluster Tanah Merah mempunyai 7 buah Pusat Internet (PI) iaitu 3 buah dibawah Telco Maxis manakala 4 buah (PI) lagi dibawah Telco Digi. Tugasan untuk memberi penerangan kepada semua wakil kluster Pengurus di Tanah Merah digalas oleh Pengurus PI Batu Gajah yang merupakan tugasan beliau sebagai “Cluster Reference Point”. Program ini diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 1 tengahari iaitu setengah hari.
Matlamat Bengkel ini antaranya adalah:
- Menghasilkan penanda atas tahap kesedaran program advokasi di peringkat komuniti;
- Memperkenalkan kandungan advokasi baru dan mengemaskini kandungan sedia ada di semua peringkat;
- Mewujudkan individu rujukan di peringkat kluster Pusat Internet bagi memperkemaskan komunikasi dan edaran bahan advokasi;
- Membuka peluang kepada pengurus Pusat Internet yang berpotensi meneroka lebih jauh latihan-latihan intensif berkaitan sebagai nilai tambah diri dan meningkatkan kredibiliti sebagai advocator.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: