Mesyuarat Penyelarasan Kempen Kesedaran ASO Peringkat Negeri Kelantan
14 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2019 telah berlangsungnya “Mesyuarat Penyelarasan Kempen Kesedaran ASO Peringkat Negeri Kelantan” di The Grand Renai, Kota Bharu yang berlangsung pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari yang terdiri dariapda staf PI dan wakil SP daripada Maxis,TM, Digi dan Celcom bersama pegawai-pegawai MCMC yang terlibat. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan tentang siaran MyTV yang dilaksanakan oleh kerajaan atau “MyFreeView” yang telah dilancarkan dan sudah ada sebahagian PI (Pusat Internet) telah dipasang dengan MyTV ini.
Fokus utama atau tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah di mana pihak atau wakil staf PI harus membuat pembentangan mengenai 3 perkara iaitu :-
- Status Pengedaran Flyers Myfreeview
- Aktiviti/Program/Kaedah yang telah dibuat
- Perancangan Program Kesedaran ASO
Namun di dalam mesyuarat tersebut antara tentatifnya adalah pertama ucapan aluan daripada pengerusi Majlis. Kedua taklimat siaran TV Digital MyFreeView oleh MyTV sendiri. Seterusnya, pembentangan status pengedaran Flyers MyFreeView serta perancangan Program Kesedaran ASO.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: