Kelas Microsoft Word & Menyiapkan Kerja Kursus
9 Febuari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Febuari 2019 telah berlangsungnya Kelas Microsoft Word & Menyiapkan Kerja Kursus yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas ini dihadiri seramai 6 orang perserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tenaga pengajar untuk kelas ini iaitu Mohd Zul Arif sebagai Penolong Pengurus PI Batu Gajah. Kelas ini diadakan bagi untuk membantu peserta atau pelajar sekolah ini mengenai Microsoft Office Word disamping membantu mereka menyiapkan kerja kursus mereka.
Kelas ini berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari dan perisian lain selain Microsoft Word iaitu Paint untuk mengedit gambar masuk ke dalam perisian Microsoft Word. Peserta terdiri daripada pelajar SMK Tan Sri Mohamed Yaakob dan pelajar Kolej Vokasional Tanah Merah. Semua pelajar dan perserta ini mempunyai kerja kursus masing-masing yang perlu mereka siapkan dan staf PI merupakan pemudah cara untuk mereka menyiapkan kerja kursus masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: