Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Pusat Internet (Maxis) Kelantan
16 March 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 March 2019 telah berlangsungnya “Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Pusat Internet (Maxis) Kelantan di Pusat Internet (PI) Semuba, Kelantan disertai seramai 12 orang yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang terpilih bagi setiap Pusat Internet yang yang terlibat. Program diadakan kerana untuk melatih usahawan desa setempat dengan ilmu mengenai cara untuk memasarkan produk serta mempromosikan produk mereka. Oleh itu program ini telah berjalan dan dilaksanakan pada bulan March seperti yang direncanakan dan usahawan diberi modul berbeza yang akan diajar oleh setiap staf Pusat Internet.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat di komersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri. Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi.Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: