Kelas FB Ads & Copywriting
16 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2019 telah berlangsungnya “Kelas FB Ads & Copywriting” yang telah diadakan di PI Batu Gajah yang melibatkan 1 orang usahawan tempatan yang tinggal di Kg Jedok Tua dan beliau meminta Pengurus PI Batu Gajah untuk membuat “personal coaching” bersama beliau. Tenaga pengajar adalah Nurul Haffiza atau peserta/usahawan biasa memanggil beliau sebagai Coach Fiza yang merupakan seorang Certified eUsahawan Master Trainer (Trainer Code: TB160). Bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Kelas ini memfokus kepada cara membuat FB Ads dan copywriting yang baik dalam media sosial.
Pengisian dalam kelas ini iaitu menentukan pelanggan sasaran yang sesuai untuk produk/servis anda, cara yang betul untuk target lokasi pelanggan, cara menentukan bajet iklan Fb Ads yang sesuai dan boleh secara terus membuat praktikal di dalam kelas serta lihat hasilnya. Selain FB Ads peserta atau usahawan turut diajar mengenai ayat copywriting dan teknik-teknik posting di media sosial turut di ajar bagi yg belum mahir. Teknik mengambil gambar mengikut ‘Rules of Third’ untuk mendapatkan gambar sempurna untuk tujuan pengiklanan. Di samping itu, mereka diberikan ebook percuma oleh tenaga pengajar supaya peserta atau usahawan dapat mengetahui lebih lagi mengenai FB Ads dan Copywriting.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: