Program Executive Pocket Talk Bersama SME Corp-DDEC-MyIPO-MARA
23 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2019 telah berlangsungnya “Program Executive Pocket Talk Bersama SME Corp-DDEC-MyIPO-MARA” yang telah diadakan di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. Program ini dihadiri seramai 70 orang perserta terdiri daripada golongan usahawan daripada negeri Kelantan berserta staf Pusat Internet sendiri yang terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus yang terlibat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan platform untuk mereka mendapat modal, ilmu perniagaan, ilmu mempromosikan produk penjenamaan, pinjaman, geran perniagaan dan khidmat nasihat daripada SME Corp serta agensi berkaitan yang lain mengenai keusahawanan terutama IKS.
Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pada pagi tersebut didahului dengan ceramah oleh pihak SME Corp Kelantan dan penceramahnya ialah Encik Lan yang merupakan wakil pegawai dari SME Corp Kelantan. Sepatutnya selepas ceramah dari SME Corp sepatutnya ceramah dari agensi MyIPO namun mereka tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Petangnya ceramah daripada DDEC(Malaysia Design Development Center), wakil pengawainya iaitu En Abdul Rahman Bin Abdul Wahab merupakan (Account Manager Business & Commercialisation) dan terakhir sekali ceramah yang di buat oleh pihak MARA serta pegawai yang terlibat iaitu En Azlan merupakan wakil pegawai dari MARA.
Kesimpulannya, melalui program ini juga para usahawan dapat menimba ilmu menggunakan platform baru serta inovasi baru untuk menjadi nilai tambah dalam memperkasa perniagaan mereka ke arah yang lebih baik. Tambahan lagi melalui program ini juga setiap usahawan diberi pendedahan bagaimana memulakan perniagaan atau telah memulakan perniaggan. Selain ilmu dan bekalan modal yang diberikan serta khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan agar dapat meringankan beban mereka serta memberi pencerahan mengenai cara membuat perniagaan yang betul dan Berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: