Bengkel eUsahawan 2019
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 April 2019 telah berlangsungnya “Kelas E-Usahawan” di PI Belimbing yang berlangsung pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari yang diikuti seramai 18 orang perserta. Kelas usahawan ini juga, mereka di beri pendedahan tentang teknik-teknik pemasaran secara atas talian yang betul dan berkesan. Selain itu kelas ini juga merupakan silibus atau pendekatan baru pihak MDEC untuk tahun 2019 bagi pegajar di bawah eUsahawan.
Disamping itu, tenaga pengajar adalah Nurul Haffiza atau peserta biasa memanggil beliau sebagai Coach Fiza yang merupakan seorang Certified eUsahawan Master Trainer (Trainer Code: TB160). Bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan (Education Management). Mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang jualan langsung & 10 tahun dalam jualan online. Coach Fiza telah melatih usahawan secara hands on untuk mencipta kedai online mereka & berjaya menjana pendapatan melalui pelbagai medium online. Beliau telah melatih lebih daripada 500 orang usahawan bermula dari tahun 2015 sehingga sekarang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: