Hari Terbuka Pusat Internet Kajang Sebidang & IUD Modul 3 (Pembentangan Oleh Usahawan)
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2019 telah berlangsungnya “Hari Terbuka Pusat Internet Kajang Sebidang & IUD Modul 3 (Pembentangan Oleh Usahawan)” yang disertai oleh staf-staf PI Kelantan,usahawan-usahawan, juri-juri IUD serta pelabagai agensi-agensi seperti agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun serta masyarakat setempat. Pelbagai acara dan aktiviti dilaksanakan yang berkaitan dengan Hari Terbuka bersama-sama dengan Program Inovasi Usahawan Desa Modul 3 ini. Upacara berlangsung dari jam 9.00 pagi sehinggalah jam 5.30 petang.
Bagi Hari Terbuka pelbagai acara dan aktiviti dilaksanakan antaranya pertandingan menganyam ketupat, pertandingan mewarna, pertandingan mengira gula-gula oleh Perpustakaan Desa Kg Telaga Bata, permainan boling kelapa dan timbang bola takraw. Semua acara ini khas untuk penduduk setempat dan ramai ibu bapa dan belia menyertai acara permainan yang disediakan oleh pihak PI Kajang Sebidang. Disamping itu juga agensi-agensi terlibat juga ada hadir bagi memeriahkan upacara Hari Terbuka ini antaranya AADK, JPJ, dan Kementerian Kesihatan.
Untuk Program IUD Modul 3 pula, para usahawan yang terpilih dari setiap Pusat Internet di Kelantan perlu hadir untuk membuat pembentangan untuk produk masing-masing disamping mereka dinilai oleh juri-juri yang dijemput khas antaranya Pengerusi Tekun dan Prof Madya Dr Hakimi daripada UMK. Ini adalah antara VVIP yang hadir ke Program IUD dan Hari Terbuka PI Kajang Sebidang ini. Mereka diberi tanggungjawab untuk menilai serta memberi markah kepada para perserta usahwan.
Selepas itu mereka akan mendapat hadiah dan ganjaran nanti untuk program akhir IUD pada 12 dan 13 Julai 2019 di Sudara Beach Resort iaitu di Bachok nanti. Kami para staf diketuai pengarah program iaitu Hafizi (Pengurus Bukit Tandak) sempat bermesyuarat pada petang tersebut untuk memberi tugas-tugas kepada setiap staf untuk persiapan pada hari akhir Program ini akan diadakan. Akhir sekali Hari Terbuka ini dirasmikan oleh VVIP jemputan iaitu Prof Madya Ts. Dr Mohd Hakimi Bin Yusof iaitu Pegarah ISME dari UMK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: