Persiapan Open Day Kajang Sebidang & IUD Modul 3
22 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2019 telah berlangsungnya “Persiapan Open Day Kajang Sebidang & IUD Modul 3” yang disertai oleh staf-staf PI Kelantan yang terlibat dan dapat hadir untuk mempercepatkan dan mempermudahkan lagi urusan tuan rumah terutama kepada staf PI Kajang Sebidang. Hal ini kerana program penting iaitu Inovasi Usahawan Desa (IUD) telah dilaksanakan di PI Kajang Sebidang bersama-sama dengan Hari Terbuka Pusat Internet Sebidang.
Pelbagai perkara dilaksanakan dibantu oleh staf-staf PI Kelantan yang lain dalam menjayakan 2 program serentak. Antara persiapan dilakukan oleh staf-staf PI iaitu membuat hamper, membersihkan kawasan PI, memasang banner & backdrop, membantu memasang 2 khemah besar dan persiapan bilik training untuk pembentangan para usahwan.
Persiapan ini bermula dari jam 9.00 pagi lagi sehinggalah 11.30 malam. Namun kami para staf PI pulang ke rumah dan homestay masing-masing selepas asar dan kembali semula ke PI Kajang Sebidang selepas waktu isyak untuk membantu memasang Khemah. Selepas itu ada sesi taklimat sedikit oleh ketua Program iaitu Mohd Hafizi iaitu Pengurus Bukit Tandak selaku Pengarah Program untuk IUD.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: