KELAS IUD (MS OFFICE) - Cara Membuat Proposal
13 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2019 telah berlangsungnya “Kelas Iud (Ms Office) - Cara Membuat Proposal” di PI Chengal yang berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang yang diikuti seramai 7 orang perserta. Kelas IUD(Inovasi Usahawan Desa) usahawan ini juga, mereka di beri pendedahan tentang teknik-teknik pemasaran dan cara untuk mempromosi serta membuat perancangan perniagaan. Selain itu melalui kelas ini juga setiap usahawan yang mengikuti program IUD ini diberi latihan dan pencerahan mengenai cara inovasi dalam membangun serta mempertingkatkan kebolehpasaran perniagaan setiap usahawan.
Disamping itu, tenaga pengajar adalah terdiri daripada staf Pusat Internet iaitu yang terlibat iaitu PI Chengal, PI Selising dan PI Batu Gajah sendiri. Setiap staf telah diberi tugasan untuk mengajar mengikut modul yang diberikan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, untuk Modul 2 ini Penolong Pengurus PI Batu Gajah iaitu Mohd Zul Arif diberi tugas untuk mengajar cara membuat proposal atau lebih dikenali sebagai rancangan perniagaan.
Sesi kelas di PI Chengal dilakukan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi untuk cara membuat proposal dan sesi petangnya cara membuat poster. Kelas ini dihadiri seramai 7 orang sepatutnya peserta seramai 13 orang namun 6 orang lagi tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, pihak tuan rumah iaitu PI Chengal turut menyediakan sarapan, makan tengahari serta makan petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: