Kelas Photo Editing & Video Editing
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2019 telah berlangsungnya “Kelas Photo Editing & Video Editing” yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas ini dihadiri seramai 5 orang perserta terdiri daripada pelajar sekolah. Tenaga pengajar untuk kelas ini iaitu Mohd Zul Arif Penolong Pengurus PI Batu Gajah. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta atau pelajar sekolah ini mengenai bagaimana untuk mengedit gambar secara mudah menggunakan software yang ada didalam perisian Windows seperti Microsoft Office dan Paint. Selain itu pelajar di dedahkan cara mengedit video menggunakan software Power Director.
Kelas ini berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan Kelas ini juga ada mengajar peserta atau pelajar cara bagaimana untuk memasukkan video di dalam Word dan Powerpoint disamping tambahan mengenai ilmu menggunakan Google Drive. Selain itu, para pelajar didedahkan cara menggunakan “whatsapp web” kerana mereka boleh mengambil video daripada telefon pintar dan memasukkan video tersebut ke dalam PC di dalam bilik training. Akhir sekali melalui kelas ini pelajar mendapat pelbagai ilmu baru contohnya menggunakan Google Drive, Whatsapp Web dan Power Director.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: