Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi M & AM (PI)
26 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 & 25 November 2018 telah berlangsungnya “Skim Pembangunan Kapasiti Pengurus / Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019 yang diadakan di Resort World Kijal, Kemaman. Melalui program ini pengurus dan penolong pengurus yang dipilih akan diberi latihan intensif kandungan baru advokasi MCMC di samping menyediakan saluran maklumbalas komuniti terhadap keberkesanan penyampaian mesej-mesej utama advokasi. Pengurus Nurul Haffiza mewakili kluster Tanah Merah untuk PI Batu Gajah bawah Maxis manakala Nurliani Penolong Pengurus wakil dari PI Belimbing bawah seliaan Digi.
Matlamat Skim ini antaranya adalah:
- Menghasilkan penanda atas tahap kesedaran program advokasi di peringkat komuniti;
- Memperkenalkan kandungan advokasi baru dan mengemaskini kandungan sedia ada di semua peringkat;
- Mewujudkan individu rujukan di peringkat kluster Pusat Internet bagi memperkemaskan komunikasi dan edaran bahan advokasi;
- Membuka peluang kepada pengurus Pusat Internet yang berpotensi meneroka lebih jauh latihan-latihan intensif berkaitan sebagai nilai tambah diri dan meningkatkan kredibiliti sebagai advocator.
Oleh yang demikian, bagi menjayakan program ini, semua (28) kluster di Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan dipohon untuk menamakan wakil daripada setiap Kluster mengikut kriteria berikut:
- Lantikan 2 orang wakil setiap kluster, 1 pengurus dan 1 penolong pengurus (Tidak tertakluk kepada ketua kluster sahaja, Kluster boleh mengadakan perbincangan untuk menamakan wakil yang sesuai)
- Calon adalah seorang yang berpengalaman, komited dan berkemahiran insaniah.
- Tugasan calon adalah sebagai “Cluster Reference Point”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: