Perbincangan Meja Bulat (RTD) Pencegahan & Rawatan Dadah Apa Solusi Baru?
09 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2018 telah berlangsungnya “Perbincangan Meja Bulat (RTD) Pencegahan & Rawatan Dadah Apa Solusi Baru?” bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu Kelantan yang disertai seramai 160 orang. Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK) dengan kerjasama serta anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Objektif program ini diadakan ialah untuk menyedarkan para pemimpin masyarakat dan imam tentang konsep kesukarelawan di dalam mencegah dan merawat pulih pesakit di dalam komuniti. Selain itu terdapat 3 objektif utama yang ditekankan iaitu pertama untuk menyedarkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat bahawa masalah dadah perlu ditangani secara bersama. Kedua untuk memperluas peranan NGO dalam usaha membantu pihak kerajaan dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Ketiga ialah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan dan akibat penyalahgunaan dadah.
Program dihadiri dari pegawai tinggi kerajaan antaranya YDH CP Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah iaitu Ketua Pengarah AADK Malaysia. Selain itu YABrs. Dr. Haji. Nik Mohd Azlan Bin Ab. Hadi iaitu Timbalan Yang Dipertua Majilis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Program ini juga dihadiri oleh Pengurus Pusat Internet Batu Gajah sendiri iaitu Nurul Haffiza.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: