Mesyuarat Proposal Program Inovasi Usahawan Desa Anjuran Pusat Internet (Maxis) Negeri Kelantan
08 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2018 telah berlangsungnya “Mesyuarat Proposal Program Inovasi Usahawan Desa Anjuran Pusat Internet (Maxis)” negeri Kelantan di Pusat Internet (PI) Kg. Chegal, Ketereh, Kelantan disertai seramai 8 orang yang terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus yang terlibat. Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon peruntukkan dan kelulusan dari Pihak Nera (Malaysia) Sdn Bhd bagi memenuhi sasaran Pusat Internet untuk membangunkan usahawan desa di sekitar Pusat Internet seluruh KDN 1 merangkumi 11 Pusat Internet di Kelantan.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat di komersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri. Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi.
Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka berdasarkan program yang dijalan secara bersiri ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: