Kelas Copywriting & FB Ads By Coach Fiza
08 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2018 telah berlangsungnya Kelas Copywriting & Fb Ads di Pusat Internet (PI) Kg. Chegal, Ketereh, Kelantan yang melibatkan seramai 6 orang peserta. Penceramah adalah Nurul Haffiza atau peserta biasa memanggil beliau sebagai Coach Fiza yang merupakan seorang Certified eUsahawan Master Trainer (Trainer Code: TB160). Bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Kelas ini memfokus kepada cara membuat FB Ads dan copywriting yang baik dalam media social.
Pengisian dalam kelas ini iaitu menentukan pelanggan sasaran yang sesuai untuk produk/servis anda, cara yang betul untuk target lokasi pelanggan, cara menentukan bajet iklan Fb Ads yang sesuai dan boleh secara terus membuat praktikal di dalam kelas serta lihat hasilnya. Selain FB Ads peserta turut diajar mengenai ayat copywriting dan teknik-teknik posting di media sosial turut di ajar bg yg belum mahir. Teknik ambil gambar mengikut Rules of Third untuk mendapatkan gambar sempurna untuk tujuan pengiklanan. Di samping itu, mereka diberikan ebook percuma oleh penceramah supaya peserta dapat mengetahui lebih lagi mengenai FB Ads dan Copywriting.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: