Kelas Copywriting & Fb Ads
27 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2018 telah berlangsungnya Kelas Copywriting & FB Ads di Pusat Internet Batu Gajah melibatkan 14 orang peserta. Penceramah adalah Nurul Haffiza atau peserta biasa memanggil beliau sebagai Coach Fiza yang merupakan seorang Certified eUsahawan Master Trainer (Trainer Code: TB160). Bertugas sebagai Pengurus Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan (dahulunya dikenali sbg Pusat Internet 1 Malaysia).
Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan (Education Management). Mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang jualan langsung & 10 tahun dalam jualan online. Coach Fiza telah melatih usahawan secara hands on untuk mencipta kedai online mereka & berjaya menjana pendapatan melalui pelbagai medium online. Beliau telah melatih lebih daripada 500 orang usahawan bermula dari tahun 2015 sehingga sekarang.
Pengisian dalam kelas ini iaitu teknik copywriting bagaimana untuk teknik tarik pelanggan(teaser),teknik jual secara halus(softsell) dan teknik menjual yang pasti orang akan beli(hardsell). Disamping menggunakan FB Ads untuk mengenali pelanggan sasaran, lokasi, bajet dan membezakan boost page serta boost post
Selain itu,tips meletakkan page diatas sekali iaitu Search Engine Optimization (SEO) dan cara ‘auto reply’ Messenger & Whatsapp serta belajar teknik ambil gambar menggunakan teknik ‘KOMPOSISI RULE OF THIRDS’ selain menggunakan Apps untuk create ‘COVER PAGE’ seperti “PRO”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: