Bengkel Global Online Workforce (GLOW)
23 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 dan 22 Disember 2018 telah berlangsungnya kelas Bengkel Global Online Workforce (GLOW) yang diadakan di Pusat Internet Batu Gajah yang dihadiri seramai 14 orang peserta. Tenaga pengajar atau penceramah iaitu En. Muhammad Fakhruddin Bin Yusof (GLOW Master Trainer) merupakan pengajar daripada Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).
Program Global Online Workforce (GLOW) merupakan inisiatif kerajaan melalui MDEC untuk menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing. Crowdsourcing merupakan kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Global Online Workforce melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2,000.
Tujuan program GLOW dilaksanakan adalah bagi mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa, membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC, memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global dan menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.
Kelas ini berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang dan kami juga ada menyediakan makan pagi serta tengahari dan petang.Melatih staf-staf PI menjadi pekerja digital berkebolehan dan seterusnya mampu melatih komuniti setempat. Di samping itu menggunakan platform freelancer untuk mencari kerja menggunakan internet dan hanya buat melalui saluran internet untuk hantar kerja dan dapat upah/gaji melalui PayPall. Memperkenalkan sumber pendapatan sampingan kepada staf dan komuniti.Pengisian untuk kelas ini adalah memberi pendedahan mengenai platform E-Rezeki ini sebagai medium baru untuk membuat perniagaan secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: