Kelas Pengenalan Platform e-Commerce Shopee
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas pengenalan platform e-commerce Shopee diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara mendaftarkan produk mereka ke dalam platform e-commerce ini. Penerima program ini adalah para usahawan dari sekitar PI
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Batu Gajah ini diadakan selama 4 jam bermula dari 9 pagi hingga 1 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang peserta yang merupakan usahawan atas talian (online). Mereka turut diajar tentang teknik-teknik pemasaran atas talian yang berkesan seperti ciri-ciri gambar yang menarik dan berkualiti bagi meningkatkan jualan. Antara kelebihan menggunakan platform ini sebagai platform jualan adalah kerana pendaftaran usahawan sebagai penjual di dalam platform ini adalah percuma.
Para peserta turut didedahkan dengan amalan Klik Dengan Bijak (KDB) semasa menjalankan urusan perniagaan atas talian seperti berhati-hati dengan taktik penipuan internet ataupun scam. Peserta secara keseluruhannya berpuas hati dengan pengisian program yang telah diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: