Bengkel Fotofon Untuk Usahawan Atas Talian (Online)
11 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniBengkel Fotofon Untuk Usahawan Atas Talian (Online) diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara mengambil gambar produk dengan lebih menarik. Penerima program ini adalah para usahawan dari sekitar PI
Kelas yang berlangsung di sekitar Pusat Internet Kg. Batu Gajah ini diadakan selama 4 jam bermula dari 9 pagi hingga 1 tengahari ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta yang merupakan usahawan atas talian (online). Mereka turut diajar tentang teknik-teknik pemasaran atas talian yang berkesan untuk diterbitkan bersama gambar yang diambil bagi meningkatkan jualan di media sosial. Antara media sosial yang sering digunakan ialah FB, Instagram dan Whatsapp.
Para peserta turut didedahkan dengan amalan Klik Dengan Bijak (KDB) semasa menjalankan urusan perniagaan atas talian seperti berhati-hati dengan taktik penipuan internet ataupun scam. Peserta secara keseluruhannya berpuas hati dengan pengisian program yang telah diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: