Seminar Perlindungan Kanank-Kanak Di Talian Bersama MCMC & Unicef Serta Komuniti Pik Batu Gajah
31 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 30 Mac 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai Seminar Perlindungan Kanak-kanak anjuran bersama MCMC & UNICEF secara atas talian yang bertempat di PIK Batu Gajah. Seminar yang berlangsung selama empat 4 jam ini telh disertai oleh 12 orang ahli panel jemputan. Pihak Unicef telah diwakili oleh Encik Keith Woo selaku Pegawai daripada Unicef, manakala SKMM pula diwakili oleh Ketua Pegawai Penyelia SKMM, Encik Zulkarnain bin Mohd. Yasin. Malaysia mula terlibat dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) pada tahun 1995 dan telah diikuti dengan pelbagai undang-undang negara yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak, termasuk perwartaan Akta Kanak-kanak 2001. Selain itu, menerusi Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat (KPKWM) telah diwujudkan pada tahun 2004. Malaysia telah mewujudkan sistem perlindungan kanak-kanak yang lebih berkesan di Malaysia seperti kewujudan Akta Bahagian Anak pada tahun 2005 di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai salah satu agensi yang berada bawah naungan kementerian. Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasa dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga turut berperanan dalam usaha ini seperti mengatur industri komunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Berdasarkan Akta ini, peranannya juga adalah untuk melaksanakan dan mempromosikan objektif dasar kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia negara. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga ditugaskan untuk mengawasi kerangka peraturan baru untuk telekomunikasi penyatuan dan industri penyiaran dan aktiviti dalam talian. Diharapkan agar sesi seminar ini telah memberi maklumat tambahan yang bermanfaat kepada setiap golongan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa untuk sama-sama menjaga hak perlindungan kanak-kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: