Toturial Album Bergambar Digital (Power Point)
20 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2021, PIK Batu Gajah telah membuat satu perkongsian ringkas toturial bergambar digital dijalankan melalui streamyard live yang dikendalikan oleh Pengurus PIk Batu Gajah Cik Hanani. Dalam sesi perkongsian toturial tersebut, Pengurus PIK ditemani Pengurus PIK Karangan dan PIk Repek memeriahkan lagi suasana toturial tersebut.Sebelum memulakan toturial Pihak PIK mengambil peluang mempromosikan PIK masing-masing kepada umum agar umum mengetahui manfaat yang tersedia di PIK seluruh Malaysia. Dalam perkongsian toturial tersebut Pengurus PIK Batu Gajah memberi tunjuk ajar kepada PIK Repek dan PIK Karangan bagaimana membuat album bergambar digital hanya menggunakan Microsoft power point sahaja. Dalam sesi toturial tersebut juga diajarkan bagaimana menjadikan album bergambar digital boleh diolah menjadi lebih menarik dengan di tambah music dan video. Sepanjang perkongsian toturial tersebut dapat dilihat keterujaan PIK Karangan dan PIK Repek untuk berkongsi ilmu ICT kepada komuniti agar sentiasa mempelajari ilmu baru dari pihak PIK. Sememangnya matlamat PIk adalah agar komuniti setempat sentiasa celik IT dari masa ke masa.Perkongsian tersebut juga dapat digunakan oleh semua pelajar samada peringkat menengah atau IPT untuk presentation mereka.Secara tidak langsung mampu memberi kelainan kepada tugasan pelajar dan tidak membosankan. PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online atau untuk tujuan pembelajaran. Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk mempelajari lebih banyak ilmu bermanfaat dari PIK dan meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: