Panduan Pendaftaran Vaksin Covid-19
10 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2021, PIK Batu Gajah bersama PIK Manik Urai telah membuat sesi live berkaitan panduan untuk membuat pedaftaran Vaksin Covid-19. Panduan ini bertujuan untuk membantu komuniti agar lebih mudah membuat pendaftaran Vaksin. Hal ini kerana, terdapat segelintir komuniti yang kurang faham dengan cara membuat pendaftaran vaksin sehingga menyebabkan ianya telah tertangguh. Selain itu, terdapat juga yang beranggapan bahawa pendaftaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Mysejahtera sahaja. Oleh yang demikian, PIK telah mengambil inisiatif untuk membantu para komuniti yang menghadapi masalah bagi membuat pendaftaran vaksin. Dalam sesi ini, pihak PIK juga telah mengupas isu-isu semasa berkaitan vaksin bagi mengelakan kekeliruan dan kegusaran para komuniti untuk mendaftar vaksin. Terdapat tiga cara mudah untuk membuat pendaftaran vaksin iaitu melalui aplikasi Mysejahtera, menerusi laman web dan melalui panggilan telefon. Pihak PIK telah menunjukan langkah-langkah yang perlu dilakukan dengan ketiga-tiga cara tersebut..Bagi pendaftaran melalui aplikasi Mysejahtera, pengguna perlulah memuat turun aplikasi dan membuat pendaftaran aplikasi. Setelah selesai, pengguna boleh mula membuat pendaftaran Vaksin Covid-19 menggunakan aplikasi yang telah dimuat turun. Seterusnya, untuk cara kedua pula dengan melalui laman web. Bagi cara ini, pengguna boleh melayari lawan web Vaksincovid.gov.my dan perlu memasukkan maklumat yang diperlukan secara terus bagi pendaftaran. Manakala, bagi cara ketiga, adalah melalui panggilan telefon. Cara ini sangat mudah kerana pengguna hanya perlu menghubungi talian 1800-888-828 untuk membuat pendaftaran. Pengguna boleh berkunjung ke mana-mana PIK yang berdekatan untuk membuat pendaftaran. Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti bagi membantu untuk memudahkan urusan pendaftaran Vaksin. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada komuniti bagi memudahkan urusan untuk membuat pendaftaran Vaksin Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: